YOU SHOULDN'T COMPARE YOURSELF TO OTHERS, THEY ARE MORE SCREWED UP THAN YOU THINK

Friday, 31 August 2012

Malaysia Independence Day of 2012.


31st of August,
hari ini merupakan hari kemerdekaan bagi negara aku, Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kepada Allah yang telah mengekalkan kemerdekaan kami selama 55 tahun. Alhamdulillah ya Allah. terima kasih juga kepada para pejuang yang telah bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara pada puluhan tahun yang lalu. sesungguhnya aku amat menghargai perjuangan dan pengorbanan setiap satu dari mereka.

persoalannya, bagaimanakah cara untuk kita meraikan kemerdekaan kita yang telah mencapai usia 55 tahun ini? adakah dengan cara ini..


membakar bunga api tika tepat jam 12 malam? adakah sambutan sebegini berbaloi. adakah sambutan sebegini dapat menunjukkan yang kita telah merdeka? apakah erti kemerdekaan dengan hanya membakar bunga api dan meraikannya beramai-ramai dimalam hari? dan seterusnya akan membawa kepada permasalahan yang lain. malam merdeka yang banyak memerdekakan anak gadis dari dara mereka. adakah ini yang menjadi kemegahan sambutan hari merdeka?

ataupun begini...



55 tahun adalah satu usia yang sangat matang. jika disamakan dengan usia rakyat Malaysia sendiri cukup sudah untuk mengatakan bahawa matangnya seseorang itu. dan usia yang sematang itu bukanlah satu usia yang masih boleh bertahan lama. so, is this a method to show others that we love and appreciate Malaysia? use food instead of other to make Jalur Gemilang? is this the most creative way? tahukah betapa berjuta orang diluar sana yang masih memerlukan makanan dan masih tersepit dicelahan kemiskinan juga kebuluran. sewajibnya kita mengutamakan mereka dari perayaan ini. at least they can eat and stay alive. random question here -siapa yang masih sanggup makan pulut yang telah dilenyek ini? tidakkah ini satu pembaziran. adakah pembaziran merupakan tema kemerdekaan kita yang ke-55? kita sudah cukup matang untuk berfikir sewarasnya. we can use many other things instead of food aite. but why don't we use our brain wisely?

kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah matang lagi mampu berfikir waras seharusnya tahu apa yang kita patut lakukan sempena kemerdekaan yang tiba pada hari ini. marilah kita menyambutnya dengan cara yang sangat bersederhana. kita seharusnya..


mengingati Allah yang telah mengurniakan kita keamanan ini dan tidak jauh dari-Nya. tanpa bantuan dari Allah, kita mungkin masih tidak dapat merasa bernafas disini, tanah pusaka Malaysia. mungkin juga kita tidak dapat merasa untuk lahir dibumi bertuah ini. bumi Malaysia yang kaya dengan sumber alamnya.

dan kita sepatutnya..


berdoa kepada Allah keatas segala kurniaan-Nya ini. setelah setengah abad kita dapat menghirup udara keamanan, marilah kita berterima kasih dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk tetap menapak di tanah yang mutlak hak milik-Nya ini. bersederhanalah dalam menyambut kemerdekaan. kita tidak perlukan perayaan yang meriah, cukup sekadar berdoa kepada-Nya supaya kemerdekaan ini dikekalkan kerana Dia boleh menarik balik nikmat ini dlaam sekelip mata sahaja. persoalannya, adakah kita cukup bersedia sekiranya nikmat kemerdekaan ini ditarik balik?

bersyukurlah, berfikirlah, dan katakanlah Alhamdulillah.

sticky note: serious mode turned on. yet, still proud to be Malaysian. Malaysia, i heart you much :')

No comments:

Post a Comment