YOU SHOULDN'T COMPARE YOURSELF TO OTHERS, THEY ARE MORE SCREWED UP THAN YOU THINK

Wednesday, 12 December 2012

121212 | Vertigo.

orang selalu cakap bila anak mata kita bergerak sendiri tanpa kawalan kita, itu tandanya kita punya ajal dah nak dekat. dan kita kena percaya sebab itu juga salah satu tanda tanda tarikh keramat kita semakin hampir. tapi pernah tak kita expect yang benda lain jugak maybe akan berlaku? maybe something different from our believe before. maybe itu satu petanda atau simptom penyakit yang kita tak pernah dengar pun sebelum nie. pernah pikir tak?



vertigo. 
what do you expect once you heard to this particular word? it sounds more to geometric. mungkinkah ia hadir dalam dunia arithmetic. atau mungkin juga alam matematik. perkiraan selalunya tepat. tapi tak selalu mudah. begitu juga hal ini. this word is came far away neither from calculation world nor art world. this is a name of one disease from a billions diseases on this only earth. your expectation is not so precise. so what do you expect from this disease? 

all ages.
orang selalu percaya yang umur tu kawal tahap kesihatan kita. tapi betul ke semua tu? kita selalu sangat percaya yang bukan semua orang boleh mati tapi semua orang akan mati. yang berumur dan lanjut usianya memang patut mati sebab bukan benda yang pelik pun orang macam nie mati. tak semua dari kita pernah percaya yang orang muda pun boleh mati bila bila masa jer kalau Dia nak. aku tak main main dengan apa yang aku pikir tapi nie semua kepercayaan juga ideologi yang kita sendiri tanam dalam kepala kita. tak setuju dengan aku tu masalah kau tapi pernah tak kau terpikir sebelum nie yang kau akan mati pada umur kau sekarang nie? kau pernah dengar rahsia Dia? kau pernah pikir yang kau punya umur setakat nie jer? lepas baca entry nie kau jalan terus. kau tak tawu kan, so jangan la bantah lampin bila orang suruh buat baik kat dunia. macam vertigo nie, semua peringkat umur boleh dapat. tak kira kau muda tua. kaya ker miskin. pandai ke bodoh. baik ke berlagak. semua ada chances merasa. 

bila kau rasa yang sekeliling kau berpusing tapi kau stand still, kau mungkin menghidap vertigo. so silalah ke hospital untuk check. dan vertigo nie berkait dengan masalah telinga. tu sebab bila orang sakit nie dia tak boleh nak berjalan atau berdiri dengan betul. aku still ingat pelajaran Biologi SPM yang telinga memang sangat berkepentingan untuk organisasi badan. kalau telinga rosak, badan memang jahanam jugak. sebabnya badan lost control tanpa telinga yang elok. percaya atau tak, telinga kita la yang control semua movement our part of body. start dari sekarang kurang kurang kan la tengok movie kat laptop or dengar lagu guna earphones or headphones. yer headphones kurang risiko berbanding earphones sebab sounds dia tak straight masuk telinga since dia punya speaker besar rather than earphones yang kecik then terus masuk lubang telinga. lebih berisiko dan bahaya. tapi still bahaya sebab telinga kena tampung frekuensi bunyi yang maha besar. apa salahnya dengar jer kuat kuat pasang main speaker kat laptop/phones tu. aku pun dapat rasa yang telinga aku makin jahanam since study week lepas, hari hari layan movie guna headphones. memang panas jer telinga. berdengung baq ang bila aku bukak headphones. so aku dah kurangkan pakai sekarang nie. takut telinga jahanam. asset aku tu, Dia bagi istimewa untuk kita so kena la jaga leklok. :)

aku tiba tiba update pasal nie sebab salah sorang kawan aku sekarang nie tengah hadapi masalah penyakit nie. dia roommate aku kat kolej dan dia super gila kat kolej. aku tak dapat bayangkan bila dia dapat penyakit nie. semua benda kena slow. sebab once orang kena penyakit nie dia akan cepat hilang fokus. even nak reply text pun dia lambat dah sekarang nie. mata pun dia kata kalau bukak dua dua tak clear, so dia terpaksa tutup mata satu kalau nak tengok clear. how pity u are. aku dapat berita pun semua dari bestfriend dia, ecan. aku terkejut jugak dia text aku 2 malam lepas mohon maaf then halalkan segala makan minum dia. aku ingatkan dia main main sebab dia tu tak betul sikit. aku tanya dia tak reply. esoknya ecan text aku gtaw benda tu. risau aku. no wonder dia mengadu yang anak mata dia selalu bergerak sendiri. dia siap tunjuk lagi. memang yer, gerak sendiri. tapi kitorang tak pernah amik serious sebab tak pernah tawu pasal penyakit nie. aku ngan ecan just macam orang lain jugak. care less benda kecik kecik. dia pun tak kisah sangat sebab dia pun tak tawu. aku punya mata pun gerak jugak masa tu. sama macam kutek. tapi still tak kisah macam dia. we got no idea at all! masing masing duk main main kata dah nak dekat ajal ke. aku takut jugak masa tu sebab aku punya mata memang gerak dua tiga minggu dah. sekarang nie aku keep curious yang aku nie vertigo jugak ke. :|

kepada Ku Atikah Ku Adnan, aku harapkan yang kau akan cepat sembuh. kembali ceria dan riang. aku mahukan kau yang dulu yang gila lagi rempang. mudah mudahan kau sembuh before semester depan bermula. hope so. aku mohon juga kepada Allah permudahkan hari hari kau. kalau kau rasa macam sakit sangat, kau just pikir dan percaya jer yang itu salah satu cara Allah nak cuci dosa dosa kau. lagi teruk ujian menandakan lagi Dia sayang kau. aku tak cuba berlagak pandai tapi aku cuma cakap berdasarkan apa yang selalu aku buat bila aku sakit sebelum nie. dan Alhamdulillah, it works. sakit In sha Allah berkurang. aku tak dapat nak datang tengok, tapi ingat la yang doa aku selalu ngan kau. aminn.

to dear readers, i hope luols berdoa buat sahabat guwaols sorang nie. lagi ramai lagi bagus. guwaols sayang diaols sangat sangat, tolong doakan kesihatan diaols macam luols doakan kesihatan orang yang luols sayang. tolong :')




Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR Abu Daud dan Tirmizi).

terima kasih.

broken pen,
tyra

No comments:

Post a Comment