this is something that i've read on some blog and i've copied then pasted the entry to share and of course keep it safely in my entry drawer. i've heard about this thing before and knew a lil bit about it but this time i read and really understand what 'Qarin' is all about. sounds creepy lol, Qarin. miahahah. well, i have a twin! everybody got their own twin. we're just same in every aspect except for the religious that we're born in. i'm muslim and my twin are not. every one of us will born with a twin named Qarin. we'll die at the end since Allah want it that way, but our twin - Qarin - wil never die.
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping
manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang
dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri
tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang
lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong
dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat,
berat nak baca Al-Qurandan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia
akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah
kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh
Qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan
sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan
perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu
melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka
bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah
telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku
dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah
s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.”
Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah
jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang
yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah
dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda
s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah
engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarin ku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu
pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para
isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya
membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan
yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang
kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti
orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak
kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah,
apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu
pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia
itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh,
sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau
bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan
ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam…
nota kaki: kreditasi buat Akhbar Melayu :)
No comments:
Post a Comment