YOU SHOULDN'T COMPARE YOURSELF TO OTHERS, THEY ARE MORE SCREWED UP THAN YOU THINK

Tuesday 15 January 2013

#Listen

Middle finger for you Bitcha.

totally unfair, shame on you old lady.


and now, you listen to these two people words. 
Hasrizal Abdul Jamil Aka SaifulIslam

Pada tahun 1991, semasa di Tingkatan 4, saya dan rakan-rakan dihantar mewakili pihak sekolah ke kursus kepimpinan Islam anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk anak muda di negeri Perak. Kursus itu dianjurkan di Sekolah Menengah Agama Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak.

Sudah menjadi kelaziman, saya dan rakan-rakan gemar duduk di kerusi paling hadapan, kerana itu yang dipesan oleh guru-guru sebagai ciri orang yang mahu berjaya.

Di dalam salah satu slot ceramah, saya dapati penceramah tidak menyukai sekolah kami dan saya tidak pasti apa puncanya. Kata-kata penceramah itu makin lama makin sinis. Akhirnya dia berkata dengan nada sarcasm, "kamu pelajar sekolah agama, jangan ingat dengan masuk sekolah agama kamu akan masuk Syurga. Saya pernah jumpa pelajar Sekolah Izzuddin (sekolah kami) yang apabila minum arak tidak mabuk. Tetapi apabila minum air, mabuk!"

Kata-katanya diiringi gelak ketawa peserta lain (sekolah menengah seluruh negeri Perak).

Saya bangkit, keluar dari meja dan berdiri di hadapan penceramah itu selama beberapa saat.

Beliau tergamam.

Saya mengajak rakan-rakan sesekolah kami untuk keluar meninggalkan majlis.

Kami bergerak ke surau dan mengambil wudhu' kerana mahu meredakan rasa marah yang amat sangat. Selepas solat sunat, kami duduk termenung di surau untuk bertenang. Tiba-tiba urusetia datang dan marahkan saya dengan rakan-rakan. Katanya kami menghina majlis! Kami pula yang dikatakan menghina!

Saya membatukan diri dan kemudian berkata, "selagi penceramah bodoh itu masih berada di dalam dewan, saya tidak akan masuk. Saya tidak akan berkongsi bumbung dengan orang seperti itu!

Kejadian tersebut mengecohkan perjalanan kursus. Pihak penganjur telah membuat laporan rasmi kepada pihak sekolah tentang salah laku kami dan semasa di bilik Pengetua, saya mempertahankan tindakan kami kerana saya bukan hanya mempertahankan maruah diri, tetapi maruah sekolah yang dihina sesuka hati oleh penceramah 'bermasalah' tempoh hari.

Mempertahankan maruah adalah tanda iman. Saya tidak pernah menyesal dengan tindakan kami yang sangat menyusahkan ketika itu. Namun saya amat kesal apabila Presiden Suara Wanita 1Malaysia ini bertindak memperbodohkan mahasiswi India berkenaan yang menyuarakan pendapatnya berbekalkan fakta, menimbulkan persoalan untuk dijawab dan mempamerkan keberanian untuk 'exercise' minda Menara Gadingnya yang tidak menerima bulat-bulat pendapat yang diajukan oleh panelis.

Sikap ego, menghina, dan rendah akhlak itu, menghina pelajar tersebut, dan yang paling mengecewakan saya, tiada seorang pun di depan tampil membela dan mempertahankan mahasiswi berkenaan. Saya tidak dapat membayangkan saya berada di dewan itu dan saya tidak berbuat apa-apa.

Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu bukan siapa. Dia bukan menteri, dia bukan pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke kampus anda dan menghina rakan anda, dan tiada apa yang dilakukan.

Maruah adalah perkara terakhir yang boleh menjadi matawang nilai diri. Jangan yang satu itu pun anda golok gadaikan.

Pembodohan, adalah jenayah memusnahkan bangsa!

Solidariti saya untuk mahasiswi tersebut. Moga rakan-rakannya berfikir, berfikir dan bertindak bijak. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Hilal Asyraf

"If you unhappy with Malaysia, get out from Malaysia."

Saya bukan tak happy dengan Malaysia.
Saya sayang, gembira dengan Malaysia.
Cuma saya kisah bagaimana 'penjaga' kepada Malaysia,
dan bagaimana penjaga itu 'menjaga' Malaysia.

Kami rakyat yang undi, dan itu tanggungjawab pemerintah untuk jaga sebaiknya. Salah kah kami, rakyat, yang merupakan boss sebenar negara ini, untuk bagi komen dan kritikan terhadap pemimpin, tentang bagaimana dia urus tadbir? Salahkah kami, rakyat, yang dimohon untuk mengundi mereka ini, memberikan pandangan untuk kebaikan semua?

Malaysia ini rakyat punya.
Kami berhak bersuara.

Ingat baik-baik, kita ini takkan selalu di atas.
Hari ini kita cakap macam itu pada orang.
Nanti masa orang kita sokong tu jatuh,
orang lain naik buat kita pula macam mana kita buat kat orang sebelum ini,
baru kita tahu langit tu tinggi atau rendah.

Jangan buat Malaysia ini macam beberapa puak sahaja yang punya.
Kalau tiba-tiba Allah izin negara kita ubah kerajaan yang memerintah, you suka orang halau you keluar dari negara ini?

Suka?

Kita suka orang layan kita baik-baik, kita layan orang baik-baik jugalah. Buat apa halau-halau orang keluar negara dia sendiri? Cukai yang selama rakyat bayar tu, apa? Tak ada nilai?

Tak ada rakyat, pemimpin tu title kosong aja.
Sedar itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nikmat itu bersifat sementara. jadi jangan riak dalam memberi.

  "Tangan kanan memberi, Tangan kiri tidak tahu"

pemilik gigi taring,
tyra ismail

1 comment:

  1. Hi there! Would you mind if I share your blog with my twitter group?
    There's a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. Thank you
    Also visit my site click the following post

    ReplyDelete