YOU SHOULDN'T COMPARE YOURSELF TO OTHERS, THEY ARE MORE SCREWED UP THAN YOU THINK

Monday 20 August 2012

Autocorrect yang stupid idiot.


ney memang patut guna autocorrect,
dah kenapa patut 'yourself' jadi 'youself'
barang download pun tak boleh pakai jugak dah sekarang.

Long time no see aite. And here, I would like to dedicate some words of lullaby to dearest somebody. A few days before, aku main twitter. Aku memang rancak lah main twitter 2-3 hari yang lepas since tunggu hari raya. Dan aku sangatlah annoying with somebody punye tweet. Aku tak follow pun minah ney. But, someone yang aku followed RT dia punya tweet. Konon hot lah tweet dia tu. Puuiih.

Bukan mendengki lagi cemburu sebab dia punya tweet di-RT tapi hati ney sedikit sakit hati bila tweet  dia tu aku baca. Boleh pulak dia duk sibuk canang spelling orang lain cam ney cam tu. Macam spelling dia jer yang 360 derajah betul. Maybe dia tu autocorrect spelling orang kot.

Dengan rasa yang sangat berbangga aku tweet some words balas. Gaya macam dia boleh baca huh. Padahal tak pun. Aku tak paham apa masalah orang yang macam ney. Apa masalahnya bila ada orang guna spelling ‘raya’ instead of ‘raye’ ? is it need to use ‘raye’. Dan aku paling tak boleh terima bila dia kata, kenapa guna ‘raya’ tapi bukan ‘raye’ ..KL sungguh . okay peeps out there, sila ambil perhatian lepas ney bila sape-sape guna ‘raya’ dia memang confirm orang keyell. Pemikiran apa ney. Kolotnya. Baku sikit keyell, apakah?

Bukankah all the words yang ada dalam buku tu lagi guna words baku. Dalam dictionary tu? Hey sayang, y u no critic them? dalam buku, eja baku, but still kau baca tak baku kan. still kau baca 'raya' tu jadi 'raye'. so, whats the problem huh, i couldn't see any big problem here. even a tiny one pun aku tak nampak wey! dah dia guna 'raya' kau baca jer lah 'raye', apa ade hal. ney kau bakukan jugak bunyi memang lah kau annoyed. so, dia ker kau yang bangang sekarang ney? kau jugak yang stupid idiot bila alih-alih soalan kan. so lain kali, tweet guna otak. Okay, memang aku ngaku tweet aku pun bukanlah berwibawa sangat. Dan aku sedar tweet aku pun memang semua tahap hina punya. Tapi, sekurang-kurangnya aku tak lah nak critic ayat dia salah. Grammar dia bersepah. Spelling dia punah. Kejadahnya? Itu bukan kelas bahasa. What we know, we type and we click enter. Life is simple, don’t make it hard because it’s harder when we think it as one.

Dan aku rasa some of you might think yang perlu ker aku update benda ney sampai kat sini. I care less about what you think or say. This is my very own blog ever. My opinion is clean. At least aku tak kacau spelling or style orang lain berbahasa. As long as dia sopan ngan aku, aku sopan ngan dia. Dia cool ngan aku, aku cool ngan dia. Okay maybe some of you akan kata yang dia empunya tweet tu is kinda cool sebab guna bahasa remaja ‘raye’…..maybe. pada aku tu pelampau bahasa. Cikgu kita masa kat sekolah dulu tak pernah ajar guna macam tu. Kalau aku guna pun dalam essay aku, Cikgu Malek mesti tak mengaku aku student. Hina sangat! menangis keluar nanah lah aku kalau beliau tak ngaku student, cikgu tu katang kot. okay-okay ignore this part yang dah merepek segala. So, apa salahnya pada yang guna ejaan sebenar or in other word ejaan buku? Tak salah kan, malah lagi berwibawa.

Aku tak pernah jugak nak salahkan or pandang rendah pada yang guna ejaan super-chill like ‘raye’ since aku pun guna. Tapi pada yang terase dia chill pakai ejaan cam tu tak payah lah nak show-off kat orang lain yang ejaan ‘raya’ tu macam salah sangat jer. Dengan alasan keyell lah apa lah. Think wisely, lu sapa lu nak bega bagai? Lu dekan ker nak tegur-tegur orang lain. Guwa tak dekan jugak, so guwa sedar diri. Sendiri punya hidup, tak payah cari pasal.

This is a clean opinion, sepatutnya kita respect dan pandang tinggi pada yang masih gunapakai lagi mendaulatkan bahasa kita. Kita jangan hina lagi mematahkan semangat orang yang nak jaga maruah bahasa kita. Bila kita rasa kita tak mampu nak buat, let others do it. at least ada waris yang masih ingat macam mana nak eja using a right way. Dimanakah maruah kita bila kita menegur ejaan orang lain sedangkan ejaan kita salah terang tak payah nak suluh. Fikir, perkataan ‘raya’ lagi dijadikan masalah inikan pula perkataan yang lain. Dimana martabat bahasa melayu bila orang melayu sendiri sibuk nak betulkan benda yang memang dah betul. Berbangga dengan bahasa asing, tapi bahasa sendiri pun tak dapat A. tak salah menegur kalau nak betulkan, tapi betulkan lah benda yang patut dibetulkan. Bukan benda yang memang dah betul, saja nak berlagak cool bagai. Pak pandir pun tak sibuk hal orang sampai tahap tu. Dia bodoh pun bodoh sendiri tak ajak orang lain.

Lain orang lain style writing dia, so we need to respect each other. Tak payah nak tegur lagi nak perli dia keyell bagai sedangkan dia Singaporean. Apa masalah kau kalau dia guna ejaan baku? Mak kau mati ker. Bapak kau sakit hati ker. Tak kan, so jaga anak tekak sendiri bila cakap pasal bahasa. Yer, memang aku annoying. Aku pun tak bagus, main campur aduk language. Aku main rojak 2-3 bahasa. So what? Aku tak tegur orang lain punya cara bercakap lagi menulis. Apa aku rasa aku nak kritik, aku kritik sini. Bukan di laman seperti twitterjaya lagi mukabuku. So? Guwa respect orang lain lah.

Nota kaki: aku student English Communication semester 3 yang sayangkan Bahasa Melayu dan sensitive bila orang buat main dengan bahasa aku. (cikgu BM aku dulu segak okay! Badan katang gila macam Superman, oh Cikgu Malek Faisal - anak dah ramai tapi still katang, macam mana tu?)

1 comment:

  1. Salam Aidilfitri. Terima kasih sebab sudi nak join segmen BLOGGER 3 tu, tapi..... Tyra kena follow dulu blog saya. Harap Tyra sudi untuk follow :)

    ReplyDelete